Walaupun dah hampir 40 tahun hidup, tak pernah aware pun tentang sumber protein rupanya boleh juga diperoleh daripada tumbuhan. Belajar sains dari sekolah rendah cuma tau protein dari sumber haiwan je 😅..(talking about myself). Rasa rugi je smpai dah sakit n dah berumur baru nak start diet yg lebih sihat ni.Kebanyakan orang bila sebut Shaklee memang kenal dengan ESP ni..Jom saya kongsikan apa yang anda perlu tahu tentang ESP. ESP atau singkatannya Energy Soy Protein merupakan serbuk protein soya yang diekstrak daripada kacang soya.
KENAPA SAYA PERLU AMBIL SOYA DALAM PEMAKANAN HARIAN?
Soya merupakan satu- satunya sumber protein yang berasaskan tumbuhan yang mengandungi kesemua 9 asid amino serta tambahan manfaat yang lain iaitu isoflavones.
Soya adalah sumber protein yang TIADA kolestrol, rendah lemak tepu dan tinggi kandungan nutrien penting seperti vitamin B dan kalsium.
Protein soya adalah makanan luar biasa yang memberikan manfaat kesihatan yang tidak dapat diperolehi daripada protein haiwan.
APAKAH KEPENTINGAN ASID AMINO DAN MENGAPAKAH IANYA PENTING?
Asid amino adalah blok binaan protein yang digunakan untuk menghasilkan hormon, jus pencernaan, antibodi dan enzim. Terdapat 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan perlu didapatkan melalui pemakanan harian. Protein soya merupakan protein lengkap kerana ia mengandungi kesemua 9 asid amino [1], ini bermakna kualiti protein soya ini adalah setanding dengan protein haiwan malah ia pilihan yang lebih sihat 😃
Walaubagaimanapun, bukan semua kacang soya yang dihasilkan sama. Kualiti kandungan asid amino adalah berbeza bergantung kepada keadaan tanah, cara penjagaan dan teknik tuaian pokok itu sendiri.
SOYA NON-GENETICALLY MODIFIED ORGANISM PILIHAN YANG LEBIH SIHAT BERBANDING GENETICALLY MODIFIED ORGANISM (GMO)?
GMO adalah sejenis organisma yang dicipta di dalam makmal menggunakan modifikasi atau teknik kejuruteraan. Saintis, pengguna dan kumpulan pencinta alam telah menghasilkan banyak artikel tentang risiko makanan yang dihasilkan secara GMO terhadap kesihatan dan persekitaran. Jadi kita perlu memastikan makanan yang dipilih ada sijil non-GMO. Pilih soya yang ada sijil non-GMO 😉
APAKAH ISOFLAVONES DAN MENGAPA IA PENTING?
Isoflavone soya, biasanya Genistein dan Dadzein adalah kompaun yang boleh dijumpai dalam pelbagai jenis makanan, tetapi kebanyakan soya mempunyai aktiviti seperti tindak balas estrogen tetapi sangat berbeza dengan manusia. Oleh itu isoflavone soya mampu memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan lelaki dan wanita [2].
Sesetengah produk protein soya dicuci dengan alkohol di mana ia akan menghapuskan isoflavones. Soya yang dicuci dengan air mempunyai kualiti yang lebih baik kerana ia lebih berkualiti di mana kandungan isoflavone semulajadi masih dikekalkan.
APAKAH NILAI KANDUNGAN NUTRISI SOYA?
Kacang soya adalah unik berbanding kekacang yang lain kerana ia mengandungi protein dan lemak yang sangat tinggi dan rendah kabohidrat [3].
Lemak dalam kacang soya adalah kombinasi lemak poli-tak-tepu omega-6 yang dan asid lemak omega-3 yang sihat untuk jantung [4]. Ini menjadikan kacang soya adalah salah satu tumbuhan makanan yang membekalkan kedua-dua asid lemak penting.
Kabohidrat di dalam soya adalah terdiri daripada gula ringkas telah dibuktikan dalam beberapa kajian, bertindak sebagai prebiotik yang merangsang pertumbuhan bakteria sihat di dalam kolon (usus).
Makanan berasaskan soya adalah sumber vitamin B dan mineral seperti potasium, zat besi dan sedikit kalsium.
MENGAPAKAH SOYA BAGUS UNTUK PEREDARAN DARAH?
Kajian menunjukkan isoflavone soya boleh mengurangkan tahap kolestrol 'jahat' (LDL). Ini adalah penting untuk kesihatan jantung kerana kolestrol LDL boleh menyebabkan penyumbatan salur darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung kepada seseorang individu [5]. Sebagai tambahan untuk menurunkan tahap kolestrol LDL, makanan berasaskan soya memberikan dorongan sederhana terhadap kolestrol HDL yang melindungi anda daripada penyakit jantung dan menurunkan tahap triglicerida (kompaun lemak dalam darah yang meningkatkan risiko penyakit jantung)[6].
Kajian juga menunjukkan wanita menopaus yang mengambil supplement protein soya (kaya dengan isoflavones) mengalami perubahan yang ketara pad keanjalan salur darah. Keanjalan salur darah manusia akan merosot dengan pertambahan usia, dan kemerosotan ini menjadi punca faktor risiko penyakit kardiovaskular [7].
BAGAIMANA PROTEIN SOYA BERMANFAAT UNTUK KESIHATAN TULANG?
Protein soya adalah sumber terbaik kalsium, jadi ia juga membantu dalam memastikan kesihatan tulang kita. Isoflavones meminimakan kemerosotan tulang, menggalakkan pembentukan tulang dan meningkatkan ketumpatan tulang.
Dua kajian penting yang telah dijalankan menunjukkan satu pertiga daripada wanita Asia pasca-menopaus yang mengambil kadar soya yang tinggi kurang mengalami keretakan tulang [8,9].
MENGAPAKAH SOYA BERMANFAAT UNTUK KESIHATAN KULIT?
Isoflavones terikat kepada 'estrogen receptors' pada kulit dan hormon estrogen sangat berkait rapat dengan pemulihan kulit. Beberapa kajian kecil menunjukkan pengambilan isoflavones mampu memulihkan keanjalan kulit dan meningkatkan sintesis kolagen [10-14].
MENGAPAKAH SOYA BERMANFAAT UNTUK KESIHATAN PAYUDARA ?
Di negara-negara Asia, di mana makanan berasaskan soya adalah sebahagian dari diet harian, kadar kanser payudara adalah rendah berbanding negara barat. Pemerhatian ini membantu spekulasi yang makanan berasaskan soya mampu mengurangkan risiko kanser payudara. Walaubagaimanapun, selepas kajian yang lebi lanjut dijalankan, kesan penurunan risiko payudara bagi wanita yang baru mula mengambil makanan berasaskan soya pada usia dewasa adalah tidak jelas. Sebaliknya kesan perlindungan tersebut hanyalah terhadap wanita yang mengambil makanan berasaskan soya sejak dari kecil. Ini menunjukkan wanita yang mengambil makanan berasaskan soya dari usia kanak-kanak atau remaja mempunyai risiko kanser payudara yang rendah apabila lebih berusia.
Kesan perlindungan daripada soya ini adala disebabkan oleh tindakan isoflavone soya semasa pembentukan payudara yang menyebabkan sel payudara lebih bertahan daripada menjadi sel kanser apabila lebih berusia [15,16]. Kajian di Cina dan USA menunjukkan pengambilan 1 ke 11/2 hidangan soya sehari mampu mengurangkan risiko sehingga 25 ke 50%.
Walaupun hipotesis yang mengatakan pengambilan soya pada awal usia melindungi wanita daripada kanser payudara ini masih lagi bersifat spekulasi, oleh kerana jumlah soya yang diperlukan sederhana dan makanan berasaskan soya memberikan nutrisi yang baik, tiada sebab untuk kita menunggu keputusan kajian di masa hadapan sebelum kita mengambil inisiatif menggalakkan wanita seawal usia kanak-kanak dan remaja untuk mengamalkan pengambilan soya dalam diet harian [17].
BAGAIMANA MEMILIH SUMBER PROTEIN SOYA YANG TERBAIK?
Protein Shake mudah disediakan dan sesuai diambilpada bila-bila masa atau dimana sahaja. Serbuk protein ini adalah cara termudah untuk memastikan anda mendapat protein yang mencukupi setiap hari. Walaubagaimanapun, dengan lambakan jenama protein di pasaran, yang mana paling sesuai dengan anda? 😐
PILIH SOYA
- Sesuai untuk semua golongan termasuklah mereka yang 'lactose-intolerant' (tak boleh minum susu haiwan)
- Memberikan kesan pengurangan tahap kolestrol
- Membantu masalah wanita pasca-menopaus
- 100% berasaskan tumbuhan - sesuai untuk vegetarian.
- Glycemic Index (GI) adalah indeks yang menunjukkan kesan makanan terhadap paras gula dalam darah. Protein GI tinggi akan menyebabkan paras gula dalam darah meningkat dengan mendadak, menyebabkan anda cepat keletihan, mudah marah dan lapar.
- Protein GI rendah membantu mengekalkan dan mengawal paras gula dalam darah.
- Protein GI rendah meningkatkan rasa kekenyangan yang berkekalan lebih lama.
- Protein GI rendah membantu kita mengawal dan menentukan pengambilan makanan dan mengekalkan berat badan yang sihat.
- Kebanyakan pengeluar serbuk protein menambah gula halus ke dalam produk untuk menjadikan serbuk protein mereka lebih sedap. Buat pilihan yang tepat dan katakan TIDAK kepada penambahan gula halus!!
- Mengambil protein soya seharusnya membantu anda memastikan jumlah pengambilan kalori tidak berlebihan dan terkawal dalam satu hari.
- Ingat juga, serbuk protein soya anda seharusnya membantu anda mengekalkan paras gula yang sihat..
- Memastikan nutrien yang diperolehi daripada serbuk protein soya adalah dalam keadaan baik dan berkualiti.
- Makanan alternatif yang lebih sihat dan selamat.
- Mengekalkan jisim otot
- Mengekalkan paras kolestrol
- Mengoptimakan fungsi badan
- Proses biologi seperti memberikan struktur pada sel, membekalkan dan menyimpan nutrien dan membentuk organ, kelenjar dan otot.
- Pemulihan tisu kulit, tulang dan rambut.

References:
1. Messina MJ. Legumes and soybeans: overview of their nutritional profiles and health effects. Am. J. Clin. Nutr. 1999, 70, 439S-450S.
2. Franke AA, Custer LJ, Wang W, Shi CY. HPLC analysis of isoflavonoids and other phenolic agents from foods and from human fluids. Proc. Soc. Exp. Biol. Med. 1998, 217, 263-73.
3. Messina MJ. Legumes and soybeans: overview of their nutritional profiles and health effects. Am. J. Clin. Nutr. 1999, 70, 439S-450S.
4. Wu Z, Rodgers RP, Marshall AG. Characterization of vegetable oils: detailed compositional fingerprints derived from electrospray ionization fourier transform ion cyclotron resonance mass spectrometry. J. Agric. Food Chem. 2004, 52, 5322-8.
5. Anderson, JW, Johnstone, BM, Cook-Newell, ME. Meta-Analysis of the effects of soy protein intake on serum lipids. New England Journal of Medicine 1995; 333:276–282.
6. Kanazawa,T,Osanai,T et al. Protective effects of soy protein on the peroxidizability of lipoproteins in cerebrovascular diseases. Journal of Nutrition 1995; 125:639S-646S.
7. Nestel, PJ,Yamashita,T, Sasahara,T et al. Soy isoflavones improve systemic arterial compliance but not plasma lipids in menopausal and perimenopausal women. Arteriosclerosis,Thrombosis and Vascular Biology 1997; 1;7:3392–3398.
8. Koh WP, Wu AH, Wang R, Ang LW, Heng D, Yuan JM, Yu MC. Gender-specific associations between soy and risk of hip fracture in the Singapore Chinese Health Study. Am. J. Epidemiol. 2009, 170, 901-9.
9. 17. Zhang X, Shu XO, Li H, Yang G, Li Q, Gao YT, Zheng W. Prospective cohort study of soy food consumption and risk of bone fracture among postmenopausal women. Arch. Intern. Med. 2005, 165, 1890-5.
10. Thom E. A randomized, double-blind, placebo-controlled study on the clinical efficacy of oral treatment with DermaVite on ageing symptoms of the skin. J. Int. Med. Res. 2005, 33, 267-72.
11. Skovgaard GR, Jensen AS, Sigler ML. Effect of a novel dietary supplement on skin aging in post-menopausal women. Eur. J. Clin. Nutr. 2006, 60, 1201-6.
12. Draelos ZD, Blair R, Tabor A. Oral soy supplementation and dermatology. Cosmetic Dermatology. 2007, 20, 202-204.
13. Accorsi-Neto A, Haidar M, Simoes R, Simoes M, Soares-Jr J, Baracat E. Effects of isoflavones on the skin of postmenopausal women: a pilot study. Clinics (Sao Paulo). 2009, 64, 505-10.
14. Izumi T, Makoto S, Obata A, Masayuki A, Yamaguchi H, Matsuyama A. Oral intake of soy isoflavone aglycone improves the aged skin of adult women. J Nutr Sci Vitaminol. 2007, 53, 57-62.
15. Messina M, Hilakivi-Clarke L. Early intake appears to be the key to the proposed protective effects of soy intake against breast cancer. Nutr. Cancer. 2009, 61, 792-798.
16. Messina M, Wu AH. Perspectives on the soy-breast cancer relation. Am. J. Clin. Nutr. 2009, 89, 1673S-1679S.
17. Shu XO et al. Adolescent soy food intake and other dietary habits and breast cancer risk. Proceedings of the American Association for Cancer Research 2000; 41:(abs 602) 94.



Comments
Post a Comment